Zainal Anggap Kad Merah Membinasakan Penang
Dunia
Penang FC
Advertisements

Kekalahan 0-2 kepada Selangor FC tempoh hari ternyata sukar diterima oleh pengendali Penang FC, Zainan Abidin Hassan. Mana tidaknya anak buahnya mempamerkan aksi yang baik sebelum pemain mereka dilayangkan kad merah.

Kad merah dilayangkan kepada Sukri Hamid pada minit ke-68 dan kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh pasukan Selangor yang berjaya menjaringkan dua gol sekaligus memberikan kekalahan keenam pasukan Penang dalam siangan Liga Super musim ini.

“Disiplin pemain sangat tinggi dan kita bertahan dengan baik. Tapi malangnya seorang pemain dibuang padang dan inilah yang membinasakan kami.

Advertisements

“Bagi saya bukan nak kata punca (utama), tapi saya tak menafikan kerana saya berasa lebih 60 minit kita bermain dengan baik dengan tidak beri ruang atau peluang kepada lawan.

“Tapi bila kekurangan seorang pemain, jadi inilah yang membinasakan kami dan saya akan teliti semula (insiden) kad merah itu.

“Saya tak nafikan dengan kad merah itu mengucar-kacirkan atau menyebabkan pasukan kelam kabut dan kita didera pasukan lawan,” katanya kepada Arena Metro.

Advertisements

Kekalahan tersebut mengekalkan pasukan Penang di tangga tercorot dengan hanya mengumpul 7 mata selepas 11 perlawanan yang diharungi. Mereka bakal berdepan tugas getir pada 20 Julai ini apabila akan melayan kunjungan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bandaraya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram