Zamsaham Cadangkan Annuar Musa Bantu Langsaikan Hutang KAFA
MakanBola
TRW Kelantan FC

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham memberi respon terhadap Tan Sri Annuar Musa yang dikatakan sedia untuk membantu pasukan Kelantan.

Beliau mencadangkan Annuar Musa untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM3.93 juta yang telah dikeluarkan olehnya sebelum ini.

“Kalau benar Tan Sri Anuar Musa Mahu bantu TRW, saya sangat berbesar hati jika Tan Sri bantu KAFA bayar hutang RM3.93 juta yang sudah sudah saya dikeluarkan untuk bantu bayar hutang-hutang pemain dan barisan jurulatih yang ada antaranya bayar ratusan ribu untuk seorang jurulatih,” katanya di laman Facebook miliknya harini.

Tambah Zamsaham, beliau sedia berjumpa Tan Sri Annuar Musa pada minggu hadapan sama ada di Kuala Lumpur ataupun di Kelantan bagi membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan untuk berbelanja besar musim hadapan jika perbincangan ini benar-benar terjadi.

“Semoga perjumpaan dengan Tan Sri dapatlah saya dana RM3.93juta ini dahulu. Jika boleh bayar hutang KAFA ni mudahlah saya belanja besar sikit untuk musim 2023,” katanya lagi.

Hutang-hutang KAFA dibawah kontrak pemilikan Zamsaham, beliau sudah lama menyelesaikan pada bulan November tahun 2021.

Oleh itu, beliau akui sangat berbesar hati jika Annuar Musa ikhlas untuk membantu.