Dunia
Kelantan FC
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mengajukan semula persoalan kepada peminat yang meragui kemampuan pasukannya menjelang saingan musim 2023.

Beliau yang mesra dikenali sebagai Zamsaham itu nyata kurang senang dengan sikap segelintir penyoking yang sering memandah rendah terhadap keupayaan pasukan The Red Warriors.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Zamsaham memaklumkan bahawa hampir separuh pemain yang berada dalam pasukan ketika ini akan kekal membawa cabaran pasukan di Liga Super 2023.

Advertisements

Beliau turut memaklumkan mengenai perancangan membawa masuk jurulatih PJ City, P. Maniam yang memiliki pengalaman yang cukup luas dalam arena bola sepak tempatan.

Namun bagitu, beliau kurang berpuas hati dengan sangkaan penyokong bahawa Kelantan akan menghuni tangga tercorot liga sekiranya mengekalkan muka lama dalam pasukan.

“Kalau 60-70 peratus hak kekal, InsyaAllah, pasukan Kelantan duduk tangga tercorot Liga Super. Rasa-rasa P.Maniam pun tak dapat,” jelas Putuh Paff di ruangan komen.

Advertisements

Zamsaham bagaimanapun tenang menjawab kenyataan yang dikemukakan sejak dahulu lagi.

“Ayat yang sama masa saya mula ambil Kelantan dahulu. Masa mula-mula ambil dikatakan sembang kari.”

“Yelah, kalini tercorot pula. Usahalah dulu dan doakan. Belum main dah fikir kalah dan tercorot. Kalau pasukan Kelantan tak tercorot tahun depan bagaimana?,” balas beliau.

Advertisements
D82765B4 B1E3 4E8D 85AE 9A444A0A33AE Zamsaham: Kalau Kelantan Tak Tercorot Tahun Depan Bagaimana?

Zamsaham kini sedang giat mengusahakan yang terbaik buat pasukan dan mahu memastikan perjalanan cerita 2023 Kelantan lebih baik daripada tahun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram