Zamsaham: Kelantan Tiada Pemain Bintang, Kita Gilap Bintang
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman menzahirkan rasa syukur terhadap perkembangan semasa pasukan Kelantan yang sentiasa konsisten dalam mencatatkan keputusan positif.

Norizam atau lebih mesra disapa Zamsaham gembira dengan para penyokong Kelantan yang percaya terhadap taktikal pasukan yang mempertaruhkan pemain lokal di bahagian pertahanan.

“Terima kasih kepada yang yakin percaturan tanpa import pada bahagian pertahanan. InshaAllah kita akan buat cleansheet lagi.”

Advertisements

Zamsaham juga yakin pasukan The Red Warrior ini mampu menggilap dan melahirkan lebih ramai pemain bintang pada masa akan datang. Beliau turut mengingatkan agar para pemain dan barisan kejurulatihan sentiasa fokus untuk perlawanan mendatang dan jangan terlalu leka dek pujian.

“Ingatlah selalu, kita bukan ada pemain bintang. Kita mengilap bintang. Mudahan Allah permudahkan hajat dan impian.
Jangan sombong, mahukan pujian yang melalaikan,” tulis Zamsaham dalam satu hahtaran di akaun Facebook miliknya.

“Setakat ni saya yakin 100% dengan pasukan Kelantan FC walaupun beberapa pemain injured, kita doakan mereka cepat sembuh untuk berjuang.”

Advertisements

Kelantan kini memperoleh 32 mata secara keseluruhannya setelah beraksi dalam 13 perlawanan. Skuad kendalian Rezal Zambery Yahya ini cemerlang mencatatkan 10 kemenangan sekaligus meletakkan pasukan di tangga pertama dalam saingan Liga Premier 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram