Zamsaham Kongsikan Perkembangan Pusat Latihan Sendiri Kelantan FC
Dunia
Zamsaham
Advertisements

Pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman berkongsi perkembangan tentang cadangan untuk memiliki pusat latihan sendiri buat pasukan The Red Warrior tersebut.

Sebelum ini, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham pernah berkongsi tentang cadangan memiliki pusat latihan sendiri.

“InshaAllah suatu hari nanti kita bukan ada satu padang, tapi 10 padang dengan pejabat sekali,” jelas Zamsaham pada Oktober 2020.

Advertisements

Menjawab soalan penyokong pasukan Kelantan, Zamsaham dengan teliti menjelaskan keadaan semasa pasukan dan cadangan pemilikan pusat latihan sendiri akan memakan masa lebih lama namun bukanlah mustahil.

“Saya baru pegang 2 tahun dan baru masuk tahun ke 3 Kelab Kelantan FC.

“Kita selesai yang Most Important dan Most Urgent dahulu sperti Structure pengurusan pasukan, System Process Flow Budgeting pengurusan dan yg terpenting gaji Pemain dapat dibayar setiap bulan.

Advertisements

“Kita kena selalu faham, kita bermula semula tanpa satu asset, hatta kereta buruk pun tiada kecuali hanya hutang yg bertimbun-timbun.

“Alhamdulillah, kita berjaya bayar semua hutang-hutang yang ada dalam perjanjian. Sudah tiada lagi 170 orang kumpul cari saya di sebuah hotel suruh bayar gaji tunggakkan. Itu semua dah jadi kenangan.

“Kita perlukan padang latihan sendiri itu penting. Tapi kita ada pilihan untuk menyewa dahulu kerana itu lebih baik dari kita berhutang berjuta-juta hanya untuk penuhi hasrat ada padang sendiri.

Advertisements

“Kita kena tahu kita bukan ada kerajaan negeri nak backup, bagi projek bagi itu ini. Kelab Kelantan FC hari ni 100% takda merengek minta projek atau paksa kerajaan negeri sponsor. Saya mahu mereka sponsor kerana mereka lihat potensi yang ada. Itu sebaiknya dari kita memaksa.

“Berfikir rasional dan bukan terlalu ikut kehendak di masa-masa sukar ini. Pandemik, Inflasi, Stadium Kosong, masalah PKP politik dan macam-macam lagi.” Jelas Zamsaham di Facebooknya.

Kelantan FC kini dilandasan tepat untuk kembali ke kancah Liga Super 2023 selepas berjaya menang kesemua 3 perlawanan pembukaan Liga Premier dengan 9 mata di tangga teratas liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram