Kelantan Bakal Miliki 10 Padang Latihan Sendiri
Dunia
Advertisements

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman memberikan bayangan Kelantan bakal miliki 10 padang latihan sendiri kelak.

Walaupun ianya kedengaran seperti sebuah angan-angan, umum mengetahui pemilik pasukan TRW Kelantan ini bukanlah seorang yang bercakap kosong.

“InshaAllah suatu hari nanti kita bukan ada satu padang, tapi 10 pandang dengan pejabat sekali,” jelas Norizam di laman Facebooknya.

Advertisements

Aktif Mencari Tanah Untuk Pusat Latihan

Menurut status-status di Facebook Norizam juga, beliau kelihatan aktif mencari sebidang tanah untuk segera membina pusat latihan seperti yang disarankan pemilik pasukan JDT, TMJ sebelum ini kepada pasukan lain.

Menurut TMJ, pusat latihan dan kemudahan untuk latihan amat penting untuk pemain meningkatkan tahap permainan dan tahap kecerdasan berbanding stadium yang cantik.

Advertisements

Norizam juga menyatakan terdapat 7 tapak yang berpotensi untuk dijadikan pusat latihan TRW Kelantan.

TRW Kelantan kini bermain di Liga Perdana untuk musim 2020 dan mensasarkan untuk layak ke Liga Super untuk musim hadapan.

Norizam Tukiman merupakan usahawan burger jenama ZamBurger yang menjual produk sejuk beku daging burger di Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram