Zamsaham Pantau Sendiri Kebersihan Stadium
Dunia
Zamsaham
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman tekad untuk memastikan Stadium Muhammad IV, Kota Bharu sentiasa berada dalam keadaan yang bersih.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Zamsaham mahu gelanggang The Red Warrior ini bersih dari sampah sejurus sahaja tamat perlawanan. Bos Zam sendiri akan turun padang untuk memantau hal ini. 

“InshaAllah lepas ni habis perlawanan, Stadium Kota Bharu akan bersih dari sampah. Saya sediri akan pantau dan pastikan hal ini.”

Advertisements

Dalam satu hantaran di laman Facebook beliau pada semalam, Zamsaham menggesa para penyokong Kelantan sedar akan kepentingan menjaga kebersihan stadium. Tambahnya lagi, teguran ini bukan bertujuan untuk memalukan mana-mana pihak, namun ia sebagai langkah positif untuk saling mengingatkan antara satu sama lain. 

“Kita sama-sama mengingatkan, bukan niat nak malukan. La ni dah semakin tahu pentingnya kebersihan stadium,” tulis Zamsaham.

Pasukan Kelantan kini sedang mengungguli carta Liga Premier dengan 29 mata berjaya diraih pasukan setelah 12 perlawanan. Skuad kendalian Rezal Zambery Yahya akan meneruskan cabaran liga berdepan pasukan Projek FAM-MSN pada Jumaat, 8 Ogos 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram