Zamsaham Terfikir Lepaskan Kelantan
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham dilihat meluahkan perasaan mengenai usaha beliau dalam menaikkan The Red Warrior dari tahun 2020 sehingga sekarang.

Beliau menyatakan pihak KAFA masih belum melangsaikan lagi hutang sebanyak RM3.8 kepadanya walaupun sedikit. Kenyataan tersebut telah dikongsikan oleh Zamsaham di laman sosial Facebook miliknya sebentar tadi.

Zamsaham turut mengakui banyak perancangan termasuk menambahbaik fasiliti untuk TRW yang beliau rancang masih belum tercapai antaranya membina pusat latihan Kelantan sendiri

Advertisements

Bagaimanapun, beliau menjelaskan jika siapa yang merasakan dirinya tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai pemilik kelab, beliau sedia untuk melepaskan Kelantan FC kepada sesiapa yang layak. 

“Berbagai usaha saya untuk naikkan kelab TRW dari 2020 sehingga sekarang. Duit saya yg KAFA hutang RM 3.8 belum di terima lagi sesen pun.”

Advertisements

“Banyak perancangan saya termasuk progress fasiliti untuk TRW masih belum tercapai.Saya telah usaha untuk2.5 tahun.”

“Jika rasa saya tak cukup bagus dan tidak layak jadi owner kelab ini, saya terfikir untuk melepaskan sepenuhnya saham pasukan Kelantan FC ini kepada individu yg mampu.”

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram