Kapten pasukan Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha meluahkan hasrat untuk kembali beraksi bersama skuad Harimau Malaya jika khidmatnya diperlukan lagi.
Pemain berpengalaman yang berusia 35 tahun ini menyatakan bahawa beliau dilihat akan menghasilkan sesuatu yang lebih baik untuk membantu pasukannya layak dalam saingan Liga Super nanti.
“Saya tidak akan menolak sekiranya dipanggil menyertai skuad kebangsaan. Usia tolak ketepi kerana bagi saya kemahuan nak main dengan Malaysia itu lebih penting.”
Dalam pada itu, beliau turut mengetepikan soal usia kerana yang lebih penting adalah impiannya untuk bermain bersama pasukan negara.
“Jika saya mempamerkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Super, saya pasti bersedia untuk bermain untuk negara jika dipanggil dan akan berikan persembahan terbaik,” katanya kepada Harimau Malaya.
Sebagai rekod, Zaquan yang dianggap pemain berpengalaman dalam skuad kebangsaan kerana beliau mula menyarung jersi skuad kebangsaan senior pada tahun 2008 sehingga 2019.