Zaquan Adha Optimis Kudrat Pemain Tempatan Bawa Cabaran Negeri Sembilan
Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Tidak seperti pasukan-pasukan Liga Super lain, Negeri Sembilan hanya diperkuat empat tenaga import. Tetapi bagi kapten Zaquan Adha, tiada yang mustahil bagi skuad Hoben Jang Hoben mengulangi pencapaian tempat keempat yang diraih pada musim lepas.

Negeri Sembilan musim ini mengekalkan 16 pemain dari musim lepas termasuk bek tengah import, Herold Goulon. Tiga awang import baru dibawa masuk iaitu Levy Madinda, Casagrande dan Vinicius Leonel da Silva bagi memperkukuh pasukan.

Walaupun tidak mempunyai tenaga import yang ramai, Zaquan tidak melihat itu sebagai satu kelemahan. Sebaliknya, ia memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan untuk menyerlah dalam kesebelasan utama.

Advertisements

“Kehadiran lebih ramai pemain tempatan pada musim ini akan memberi kelebihan buat Negeri Sembilan. Cuma kami kekurangan pemain import tetapi ia menjadi satu kelebihan buat pemain tempatan untuk menyerlah.

“Saingan merebut tempat dalam liga kita sengit sebab kehadiran ramai pemain import. Jadi pemain yang ada ini membuktikan kemampuan bakat tempatan,” katanya kepada media selepas Majlis Pengenalan Pasukan NSFC 2023 & Penghargaan Kepada Penaja di Nilai semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram