Zikri Impi Trofi Kejuaraan Bersama Skuad B-23 Negara
Dunia
FAM
Advertisements

Tonggak pertahanan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Ahmad Zikri Mohd Khalili menyatakan hasrat untuk membantu pasukan mendakap trofi kemenangan dalam Kejuaraan AFF B-23 di Phnom Penh, Kemboja.

Pemain yang berusia 20 tahun itu menjelaskan untuk mencapai satu target yang besar, setiap pemain perlu ada semangat yang tinggi dan fokus bagi membantu pasukan ke tahap yang lebih baik.

Selain Zikri, pengendali pasukan, Brad Maloney juga memanggil tiga lagi pemain lain untuk bersama-sama memperkuat barisan pertahanan skuad.

Advertisements

“Macam sasaran saya, setiap kejohanan yang saya sertai sendiri dan rakan-rakan lain, setiap perlawanan yang kita orang main dah tentu nak menang,” jelasnya kepada Harian Metro.

“Sasaran saya kalau boleh nak kita orang juara dan semua kita kena fokus dari satu aksi kepada satu aksi,” katanya.

Antara nama pemain baharu yang dipanggil adalah penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan tiga pemain pertahanan, Muhammad Azrin Afiq Rusmini, Harith Haiqal Adam Afkar dan Ahmad Zikri.

Advertisements

Kejohanan Piala AFF Bawah 23 tahun dijadualkan berlangsung pada 14-26 Februari 2022 di Kemboja dan Malaysia akan bertemu dengan Myammar pada Selasa ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram