Zinedine Zidane Bakal Kemudi Perancis
MakanBola
LaLiga

Legenda Real Madrid, Zinedine Zidane bakal mengemudi Perancis selepas tamat kempen Piala Dunia 2026.

Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano memaklumkan bekas jurulatih Los Blancos itu akan mengisi kerusi panas yang ditinggalkan rakan senegara, Didier Deschamps.

Romano turut memaklumkan Zidane sudah memuktamadkan senarai figura yang akan dibawa masuk sebagai staf kejurulatihan Les Bleus.

Sekiranya semua berjalan lancar, pemenang Piala Dunia 1998 itu akan memeterai perjanjian dengan Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) untuk memimpin pasukan itu.

Selepas Deschamps mengumumkan akan meninggalkan Perancis selepas tamat Piala Dunia pada Januari 2025, ramai peminat bola sepak menjangkakan Zidane sebagai calon utama menggantikan beliau.

Aksi penentuan tempat ketiga Piala Dunia antara Perancis dan England bakal menjadi aksi terakhir Deschamps sebagai jurulatih pasukan itu.

Legenda berdarah Algeria-Perancis itu sudah membuktikan dirinya sebagai pemenang trofi bersama Real Madrid. Zidane telah memenangi lapan trofi bersama Los Blancos termasuk LaLiga dan Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Reputasi ini juga menyaksikan beliau dikaitkan dengan beberapa pasukan termasuk Manchester United, Olympique Marseille dan Juventus.

Zidane akan memimpin Perancis untuk menghadapi Liga Negara-Negara UEFA (UNL), Piala Dunia 2030 dan Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) 2028.