Dunia
Getty Images
Advertisements

Masih berbaki hampir 3 bulan sebelum musim 2021/2022 melabuhkan tirai namun berita beberapa pemain terkenal yang bakal tamat kontrak pada bulan Jun ini telah mula mencetuskan gosip hangat berkenaan perpindahan mereka. Malah sudah ada beberapa kelab yang mula menghubungi pemain-pemain ini bagi menawarkan kontrak baharu.

Berikut merupakan 10 pemain terkenal yang bakal tamat kontrak pada bulan Jun ini:

mbappe 10 Pemain Terkenal Yang Bakal Tamat Kontrak Jun Ini
Mbappe

1. Kylian Mbappe (23 tahun)

Advertisements

Bintang Paris Saint-Germain ini semakin kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid setelah menolak kontrak lumayan daripada pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi. Kini bernilai €160 juta, PSG bakal kerugian besar jika melepaskan Mbappe secara percuma. Mbappe beraksi dibahagian serangan dan telah menjaringkan 15 gol serta 10 bantuan jaringan dalam 26 penampilan di Ligue 1 pada musim ini.

2. Paul Pogba (29 tahun)

Pernah memecahkan rekod perpindahan Manchester United tahun 2016, kini Paul Pogba berkemungkinan besar bakal dilepaskan secara percuma buat kali kedua oleh kelab The Red Devils. Pemain tengah ini merekodkan 1 gol dan 9 bantuan jaringan dalam 16 penampilan Premier League musim ini.

Advertisements
Kessie

3. Frank Kessie (25 tahun)

Pemain tengah AC Milan, Frank Kessie yang beraksi cemerlang musim ini semakin hampir menyertai kelab Barcelona secara percuma. Kessie yang bakal tamat kontrak pada Jun ini telah merekodkan 5 gol dalam 23 perlawanan Serie A. Bernilai €45 juta, AC Milan akan terlepas untuk mengaut keuntungan daripada penjualan pemain ini.

4. Marcelo Brozovic (29 tahun)

Advertisements

Pemain tengah bertahan ini merupakan pemain penting disebalik kejayaan Scudetto Inter Milan pada musim lalu. Namun tidak dapat dipastikan sama ada Brozovic masih berada dalam perancangan Inter Milan pada musim hadapan lebih-lebih lagi kini Inter Milan dibarisi pemain seperti Niccolo Barella, Hakan Çalhanoğlu, Arturo Vidal, Matias Vecino dan Roberto Gagliardini.

5. Paulo Dybala (28 tahun)

Penyerang Juventus, Dybala bakal bergelar free agent akhir musim ini apabila Juventus memutuskan tidak akan menawarkan kontrak lanjutan kepadanya. Dybala yang bernilai €40 juta ini mula meraih perhatian Manchester United. Dybala menjaringkan 8 gol serta 5 bantuan jaringan dalam penampilan Serie A musim ini namun kehadiran Vlahovic menggugat kedudukan Dybala selaku penyerang utama Juventus.

Advertisements
Rudiger

6. Antonio Rudiger (29 tahun)

Rudiger mula dikaitkan dengan beberapa kelab seperti Juventus, Bayern Munich dan Real Madrid setelah rundingan kontrak bersama Chelsea semakin mustahil. Pertahanan tengah Jerman ini menanpilkan aksi kebal dan sukar dilepasi menyebabkan beberapa kelab berminat terhadap beliau.

7. Andreas Christensen (25 tahun)

Seorang lagi pemain pertahanan Chelsea yang bakal tamat kontrak pada musim ini. Christensen yang bernilai €35 juta bagaimanapun memaklumkan bahawa beliau tidak ingin berpindah ke mana-mana kelab Premier League bagi menghormati pasukan Chelsea. Dortmund ketika ini menunjukkan minat terhadap pemain kelahiran Denmark ini.

Dembele

8. Ousmane Dembele (24 tahun)

Pemain yang kerap tercedera, Dembele mula menampilkan aksi cemerlang bersama Barcelona dibawah kendalian Xavi setelah bakal tamat kontrak Jun ini. Dembele menjaringkan 1 gol serta mencetak 9 bantuan jaringan pada musim ini. Bernilai €30 juta, beberapa kelab menginginkan khidmat Dembele namun masalah kecederaan beliau sedikit menimbulkan keraguan terhadap kelab.

9. Andrea Belotti (28 tahun)

Penyerang Torino, Belotti bakal bergelar free agent akhir musim ini dan kelab AC Milan menunjukkan minat terhadap beliau. Telah menjaringkan 4 gol musim ini, AC Milan melihat penyerang dengan peranan The Target Man ini sesuai dengan taktikal kelab bagi menggantikan penyerang veteran mereka, Ibrahimovic dan Giroud.

10. Boubacar Kamara (22 tahun)

Pemain tengah bertahan Marseille ini mula menarik minat Manchester United dan Atletico Madrid. Kamara antara pemain muda Perancis yang beraksi cemerlang dalam beberapa musim lalu di pentas Ligue 1. Namun tidak dapat dipastikan sama ada Marseille bakal melepaskan Kamara secara percuma atau bakal menawarkan kontrak lanjutan kelak.

Penutup

10 pemain terkenal tersebut berpotensi besar tidak akan menyambung kontrak lanjutan. Malah terdapat beberapa nama lagi seperti Mathias Ginter, Alexandre Lacazette, Jesse Lingard, Alessio Romagnoli, James Tarkowski dan ramai lagi yang bakal tamat kontrak pada Jun ini berdasarkan data Transfermarkt.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram