1,000 Pemain Bola Sepak Cilik Pamer Bakat di ‘Score with Spurs Junior Camp’ Anjuran AIA
Dunia
AIA
Advertisements

Kuala Lumpur, 8 Disember 2022 – AIA Malaysia sekali lagi menganjurkan program latihan bola sepak Score with Spurs Junior Camp pada 26 dan 27 November di Radia Arena, Shah Alam. Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 1,000 kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 7 hingga 13 tahun untuk belajar, berlatih dan bermain bola sepak seperti kelab bola sepak terkemuka, Tottenham Hotspur!

Program yang dijalankan selama dua hari itu diketuai oleh Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Global Tottenham Hotspur iaitu Shannon Moloney dan Jerome Barker bersama 17 orang jurulatih bola sepak tempatan.

Selain memantapkan kemahiran asas bermain bola sepak seperti menggelecek, hantaran bola dan menjaringkan gol, peserta lelaki dan perempuan turut mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan permainan berkumpulan yang membolehkan mereka menonjolkan bakat di atas padang.

Advertisements

Melalui cabaran-cabaran yang menarik tersebut, 20 pemain bola sepak cilik terpilih untuk menyertai Spurs Phuket Elite Camp yang bakal dianjurkan buat julung kalinya pada oleh syarikat berkenaan pada tahun 2023. Perbelanjaan perjalanan mereka ke Phuket, Thailand akan ditanggung sepenuhnya bagi menjalani latihan bola sepak selama seminggu bersama para jurulatih Spurs. Kanak-kanak lelaki dan perempuan ini bukan sahaja dipilih berdasarkan kemahiran teknikal dan taktikal, tetapi juga bagaimana mereka menunjukkan sifat psikologi dan sosial yang terpuji di dalam pasukan masing-masing.

Memberi pandangan tentang program ini, Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran, AIA
Malaysia, berkata: “Sukan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan diri kanak-kanak kerana ia dapat membantu mereka membangunkan kemahiran fizikal, belajar berkawan dan kerja berpasukan serta membina keyakinan diri. Kami gembira Score with Spurs Junior Camp dapat memberikan anak-anak kita akses kepada latihan bola sepak bertaraf dunia dan juga sebagai salah satu platform untuk mereka kekal aktif dan sihat melalui cara yang menyeronokkan. Kami berharap untuk menganjurkan lebih banyak lagi inisiatif seperti ini bagi menggalakkan generasi muda menceburi sukan bola sepak dan Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.”

Program ini bermula sebagai sebuah program latihan bola sepak secara maya pada tahun 2021 ketika pandemik melanda, dengan 100 peserta. Tahun ini, program Score with Spurs Junior Camp kembali sebagai sebuah acara fizikal yang telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dengan kesemua 1,000 slot penyertaan habis dalam masa tiga hari sahaja selepas program berkenaan dilancarkan kepada umum.

Advertisements

Untuk maklumat lanjut tentang AIA Malaysia dan kerjasamanya dengan kelab bola sepak Tottenham Hotspur, layari www.aia.com.my

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram