14 Kelab Warnai Saingan Liga Super 2023
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Liga Super dijangka menjadi lebih meriah musim ini dengan kehadiran 14 buah pasukan berbanding 12 pasukan pada musim lepas.

Pasukan-pasukan ini ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu, Sabah, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur City (KL City), Sri Pahang, Kedah, Penang FC, Kelantan, Kuching City, Kelantan United, PDRM dan Perak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, hanya 14 pasukan beraksi musim ini selepas dua kelab Liga Super musim lalu, PJ City FC dan UiTM FC sah tidak akan bertanding.

Advertisements

“Bagi musim 2023, sebanyak 14 kelab akan bersaing dalam Liga Malaysia selepas UiTM FC telah menarik diri daripada bertanding kerana gagal mendapatkan dana pasukan manakala PJ City FC gagal menyelesaikan proses pengambilalihan pelabur baharu,” katanya.

Saingan liga dijangka sengit dengan JDT pastinya mahu mempertahankan gelaran liga yang dimenangi sembilan kali berturut-turut. Sementara Kelantan, Kuching City, Kelantan United dan PDRM pula pasti mahu membuktikan bahawa mereka bukan pasukan pelengkap liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram