Advertising
17 Kategori Menarik Warnai ABK24-25
MakanBola
MFL

17 kategori mewarnai Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2024-2025 (ABK24-25).

Acara tahunan berprestij bola sepak Malaysia itu diadakan bagi mengiktiraf pencapaian penggiat bola sepak tanah air terutama buat pemain dan jurulatih Liga Malaysia (Liga M) sepanjang musim 2024/25.

Ad

Musim 2023 menyaksikan ABK23 mempertandingkan 16 kategori termasuk dua kategori buat pasukan Piala MFL.

Ad

Dua kategori baharu tersebut ialah Pemain Terbaik MFL dan Penjaring Terbanyak Piala MFL.

Dua kategori ini diwujudkan bagi meraikan pencapaian yang dilakar pasukan-pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) dalam saingan Piala MFL.

Ad

Musim 2024/25 menyaksikan kategori Penyokong Terbaik kembali dipertandingkan dalam ABK24-25. Ini sebagai pengiktirafan kepada penyokong pasukan-pasukan yang bersaing dalam Liga M.

Ad

Tumpuan pastinya terarah kepada pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi. Ini kerana bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu merupakan Pemain Paling Bernilai (MVP) selama tiga tahun berturut-turut.

Ad

ABK24-25 bakal berlangsung pada April ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments