2 Aksi Derbi Hiasi Perlawanan Pertama Liga Super 2022
Dunia
Malaysian Football League
Advertisements

Berbaki sehari lagi sebelum bermulanya perlawanan pertama Liga Super 2022, para peminat bola sepak tempatan pastinya tidak sabar melihat aksi kelab kegemaran mereka turun padang. Perlawanan pertama esok bermula dengan aksi Sabah menentang juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan FC.

Namun apa yang mencuri tumpuan pastinya aksi derbi setempat dalam perlawanan pertama liga. Derbi Lembah Klang antara KL City FC menentang Selangor FC sudah pasti bakal menjanjikan perseteruan yang menarik. KL City yang kalah tempoh hari dalam perebutan Piala Sumbangsih 2022 kepada JDT pastinya ingin bangkit meraih kemenangan pertama musim ini.

Manakala Selangor pula akan terus mengunakan acuan DNA Jerman namun kali ini dibawah kendalian ketua jurulatih baharu, Michael Feichtenbeiner. Muka-muka baharu seperti Quentin Cheng dan Fazly Mazlan juga diharap dapat memberikan nafas segar dalam aspek permainan Selangor.

Advertisements

Satu lagi derbi setempat ialah derbi pantai timur antara Sri Pahang FC dan Terengganu FC. Taktikal Nafuzi Zain pastinya ditunggu-tunggu para penyokong Terengganu setelah kelab tersebut mempamerkan corak permainan moden pada musim lalu. Terengganu kini telah membawa masuk 2 bekas import Kedah, iaitu Kpah Sherman dan Tchetche Kipre.

Sri Pahang pula melalui musim yang agak sukar pada musim lalu namun dengan ketibaan wajah-wajah baharu seperti David Rowley, Sean Gianelli, Azwan Aripin dan adik kepada Anthony Martial, Johan Martial pastinya diharap dapat memperkuatkan barisan utama.

Kesemua aksi Liga Super 2022 kini boleh ditonton di saluran Youtube Unifi atau saluran sukan Unifi Sports.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram