29 Pemain Sertai Kem Latihan Harimau Malaya Untuk Piala AFF
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

29 pemain dipanggil sertai kem latihan pusat Harimau Malaya bermula 29 November ini dengan beberapa pemain utama tidak disenaraikan.

Pemain naturalisasi Sri Pahang, Sergi Aguero turut dipanggil ke kem Kim Pan-gon kali ini dan turut kelihatan nama Lee Tuck perkuat bahagian tengah negara.

Pemain warisan yang berpengkalan di Eropah, Dion Cools turut dipanggil manakala hanya 2 pemain JDT disenaraikan iaitu Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah.

Advertisements

11 pemain JDT dan 1 pemain Sri Pahang yang dipanggil pada awalnya tidak dapat menyertai kem latihan Piala AFF.

Selepas perbincangan dan persetujuan bersama yang telah dicapai di antara FAM, Pan Gon dan kelab-kelab terlibat, 12 pemain berikut tidak dapat menyertai kem latihan tersebut atas alasan urusan peribadi, komitmen keluarga atau masalah kecederaan.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Kemboja pada 9 Disember 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum menentang Maldives bagi aksi kedua pada 14 Disember 2022 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Advertisements

Seterusnya Pan Gon akan menamakan senarai akhir 23 pemain ke Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 yang mana bagi kempen Kumpulan B, Malaysia akan bertemu Myanmar di Yangon pada 21 Disember 2022, Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember 2022, Vietnam di Hanoi pada 27 Disember 2022 dan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari 2023.

Jika Malaysia berjaya muncul dua pasukan teratas Kumpulan B, saingan separuh akhir akan berlangsung pada 6/7 Januari 2023 dan 9/10 Januari 2023 manakala Final pula dijadual pada 13 dan 16 Januari 2023, semuanya secara timbal balik.

Tanpa 12 pemain yang tidak dapat menyertai pasukan pada kali ini, inilah barisan pemain terbaik yang dimiliki untuk menghadapi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 yang mana ia peluang kepada mereka membuktikan kemampuan masing-masing, selain menjadi platform untuk Pan Gon mempersiapkan pasukan menjelang Kelayakan Piala Dunia 2026 bermula tahun depan dan juga Piala Asia 2023 di Qatar nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram