Advertising
3 Cadangan Tunku Ismail Untuk Liga Malaysia
MakanBola
DYAM Tunku Ismail

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor mengemukan tiga cadangan untuk saingan Liga Malaysia bagi memuaskan hati sesetengah pihak.

Terdahulu, Tunku Ismail menyuarakan pandangan mengenai situasi Liga Malaysia yang dilihat kurang meriah apabila data yang menunjukkan kehadiran penonton ke stadium menurun minggu lalu.

Ad

Baginda turut mengkritik pihak pengurusan kelab yang culas dalam pembayaran gaji namun sering menuding jari kepada Malaysian Football League (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ad

Oleh itu, Tunku Ismail menggesa supaya sistem Financial Fair Play (FFP) diperkenalkan untuk diaplikasikan dengan segera di dalam liga bola sepak Malaysia.

Malah, Baginda turut mencadangkan agar Badan Pengadil di Liga Malaysia ini agar bergerak secara bebas dan dipisahkan dari bidang kuasa FAM yang berdiri selaku badan induk bola sepak negara.

Ad

“Sendiri tak bayar gaji salahkan FAM dan MFL. Kenalkan Financial Fair Play dengan segera, Badan Pengadil mesti independent dan bukan di bawah FAM.”

Ad

Selain itu, Baginda juga mengarahkan pihak yang masih tidak berpuas hati agar mengeluarkan duit sendiri dan membayar pengadil dari luar negara bagi menutup sebarang alasan dan konspirasi.

Ad

“Tak puas hati juga, bayarlah pengadil luar negara. 11 tahun macam-macam alasan dan konspirasi. Ibarat pasukan Bundesliga semua ajak ramai-ramai boikot liga kerana tak boleh mencabar Bayern. Pemikiran adalah segalanya.”

Saingan Liga Malaysia minggu ini bakal menyaksikan aksi separuh akhir Piala Malaysia bakal berlangsung melibatkan 4 pasukan iaitu JDT, Terengganu, Sabah dan Sri Pahang.