3 Lagenda Liverpool Ketuai Senarai AllStar Legends Ke Malaysia
MakanBola
AllStar Sports

Tiga legenda Liverpool, Michael Owen, John Arne Riise dan Steven Gerrard mengetuai senarai legenda yang sah beraksi untuk perlawanan AllStar Legends yang akan berlangsung pada Oktober ini.

Owen, Riise dan Gerrard antara 10 legenda yang mengesahkan akan beraksi dalam perlawanan tersebut. Trio berkenaan bakal membawa cabaran untuk pasukan AllStar Premier League Legends.

Selain Owen, Riise dan Gerrard, legenda Chelsea, Eidur Gudjohnsen dan legenda Wales, Ryan Giggs turut mengesahkan akan beraksi untuk pasukan sama.

Legenda Itali dan Juventus, Alessandro Del Piero pula mengetuai cabaran pasukan AllStar World Legends. Beliau bakal disertai bekas ‘orang besi’ Manchester United, Jaap Stam dan penyerang legenda Sepanyol, Fernando Morientes.

Bekas peledak Barcelona, Javier Saviola dan penjaga gol legenda Brazil, Dida melengkapkan lima legenda yang sah akan mewakili AllStar World Legends.

Penyokong yang mahu menonton perlawanan itu di TM Stadium Nasional boleh mendapatkan tiket menerusi platform Ticket2U. Penyokong yang inginkan pengalaman yang lebih menyeluruh boleh melakukannya dengan mendapatkan tiket kategori VIP dan Grand Stand.

Tiket kategori VIP menawarkan akses premium pada harga RM1,998. Antara kelebihan penyokong yang memiliki tiket tersebut ialah berpeluang menyertai sesi Meet and Greet ekslusif dan sesi autograf bersama para legenda bola sepak.

Tiket Grand Stand pula menawarkan tempat duduk dengan pemandangan terbaik dan beg cenderamata rasmi pada harga RM399. Penyokong juga boleh mendapatkan tiket Kategori 1, 2 dan 3 dengan setiap kategori menawarkan harga RM209, RM168 dan RM98.

Penyokong juga boleh mendapatkan diskaun sebanyak 20% menerusi promosi pembelian tiket High5 Bundle dan Kategori 4 iaitu Zon Madani (RM62). Tiket bagi kategori 4 ditawarkan dalam kuantiti terhad.

Perlawanan AllStar Legends akan berlangsung pada 3 Oktober ini.