3 Pasukan Tarik Diri Sebelum Saingan Musim 2024/25 Bermula
Liga M3
Perlis United FC
Advertisements

Liga A1 Semi Pro atau nama rasminya, Liga MBSB Bank Championship musim 2024/25 menyaksikan tiga pasukan tidak lagi bersaing dalam liga tersebut.

Tiga pasukan itu ialah SAINS FC, Perlis United FC dan Sarawak United FC. Perkara ini disahkan Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah AFL 2024 kali kedua secara atas talian baru-baru ini.

Keputusan ketiga-tiga pasukan itu menarik diri daripada saingan liga didorong oleh pelbagai kekangan termasuk masalah kewangan.

Advertisements

“Kami menerima penarikan diri tiga pasukan ini kerana mengakui sedang mengalami pelbagai kekangan khususnya dari segi kewangan pasukan,” katanya.

Selain isu kewangan, Sarawak United dan Perlis United turut tersenarai sebagai sebahagian daripada enam pasukan Malaysia yang dikenakan sekatan perpindahan FIFA.

AFL turut mengumumkan penjenamaan semula liga di bawah pentadbirannya. Liga M3 kini dikenali sebagai Liga A1 Semi Pro, Liga M4 (Liga A2) dan Liga M5 (Liga A3 Komuniti).

Advertisements

Yusof mengesahkan musim 2024/25 bakal menyaksikan penyertaan 16 pasukan untuk merebut kejuaraan Liga A1 Semi Pro.

Ini menyaksikan pertambahan dua pasukan berbanding 14 pasukan dalam saingan Liga M3 musim 2023.

“Secara rasmi 16 pasukan ini adalah Armed Forces FC, Harini Selangor FT, Imigresen FC, Malaysian University, Melaka FC, YPM FC, Manjung City FC, PIB Shah Alam FC.

Advertisements

“Turut menyahut cabaran adalah Bukit Tambun FC, Machan FC, Gombak FA, Bunga Raya FC, KL Rovers, UiTM United, Kelantan FC dan Putrajaya Athletic FC,” tambahnya.

Saingan Liga A1 Semi Pro musim 2023 dimenangi oleh Imigresen FC dengan KL Rovers muncul naib juara liga.

Persaingan merebut kejuaraan liga musim 2024/25 dijangka lebih meriah apabila saingan liga membuka tirainya pada Jun ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram