3 Sebab Liga Super 2024/25 Bermula Mei Tahun Hadapan
Liga Super
JST
Advertisements

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan saingan Liga Super musim 2024-2025 bakal bermula pada 3-5 Mei 2024 dan berlangsung sehingga April 2025.

Sebelum ini, ramai menjangkakan musim baru Liga Super bakal bermula pada pertengahan April 2024. Bagaimanapun, sedikit perubahan dibuat MFL dengan mengambil kira beberapa faktor.

Pertama, ramai pemain negara bakal menggalas cabaran Malaysia dalam Piala Asia 2023 yang bermula pada 12 Januari ini. Ini disusuli oleh dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman pada 21 dan 26 Mac 2024.

Advertisements

Selain Harimau Malaya, skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) juga bakal menyertai kejohanan antarabangsa iaitu Piala Asia B-23 2024 yang berlangsung pada April tahun hadapan.

Sementara Sabah FC pula menggalas cabaran negara dalam Piala AFC dengan beraksi dalam perlawanan separuh akhir Zon ASEAN yang berlangsung pada 12 dan 13 Februari 2024.

Sabah bakal turun menentang wakil A-League, Macarthur. MFL juga turut mengambil kira kedatangan bulan Ramadhan yang bermula pada awal Mac 2024 dan sambutan Hari Raya Aidilfitri sekitar 10 atau 11 April 2024.

Advertisements

Dengan mengambil kira semua faktor yang dinyatakan, bulan Mei disifatkan tempoh terbaik untuk musim baru liga bermula.

MFL turut memaklumkan saingan Piala MFL bakal bermula pada 13 Mei 2024. Sementara tetingkap perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga M) pula dibuka pada 3 Februari 2024 hingga 26 April 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram