5 Fakta Menarik Aksi Final JDT vs Kuching City
MakanBola
Johor Southern Tigers

Menjelang aksi JDT vs Kuching City di pentas final Piala Malaysia, soroti 5 fakta menarik di sebalik perlawanan hangat ini

Pertarungan merebut trofi Piala Malaysia musim 2025-2026 menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal turun menentang Kuching City yang melangkah ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam sejarah kelab.

Pertemuan di Bukit Jalil ini bukan sahaja dihangatkan lagi dengan prestasi terkini kedua-dua kelab yang sedang membara, malah aksi antara JDT dan Kuching City ini turut dihiasi dengan fakta-fakta perlawanan yang menarik untuk sajian penonton.

1- Peluang JDT Rangkul Trofi Piala Malaysia Kali Ke-4 Berturut-Turut

Perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini menyaksikan peluang terbaik untuk JDT merangkul trofi berprestij itu buat kali ke-4 berturut-turut sejak tahun 2022 lalu sekali gus menjadi kelab pertama muncul juara 4 kali dalam tempoh 5 tahun.

2- Kuching City Jadi Wakil Borneo Pertama Ke Final Piala Malaysia Selepas 23 Tahun

Bukan sahaja melakar sejarah pasukan, Kuching City turut membanggakan nama Borneo apabila menjadi kelab pertama dari kepulauan Borneo yang layak ke final Piala Malaysia setelah kai terakhir Sabah melakukannya pada tahun 2003 lalu.

3- Kali Terakhir Pengadil Luar Negara Kemudi Final Piala Malaysia Adalah Pada Tahun 2019

Salah satu perkara yang menarik pada final Piala Malaysia pada musim ini adalah penggunaan pengadil dari luar negara setelah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan 4 pegawai perlawanan dari Qatar bakal bertugas pada perlawanan ini.

Kali terakhir pengadil dari luar negara mengemudi perlawanan akhir Liga Malaysia adalah semasa final Piala FA 2019 yang menemukan Kedah dan Perak dengan pengadil dari Jepun dipilij sebagai pegawai perlawanan ketika itu.

4- Final Piala Malaysia Kedua Buat Aidil Sharin, Sebelum Ini Bersama Kedah Pada 2019

Nama Aidil Sharin Sagaj tidak asing lagi dengan pentas final Piala Malaysia selepas pengendali Kuching City itu pernah membimbing Kedah yang layak ke perlawanan akhir ini pada 2019 sebelum tewas kepada JDT 0-3 pada aksi tersebut.

5- Bergson Konsisten Cetak Gol Dalam 3 Final Piala Malaysia

Ayam tambatan JDT, Bergson Da Silva bakal melakar rekod peribadi andai berjaya mencetak gol malam ini setelah peledak kelahiran Brazil ini sudah pernah menjaringkan gol dalam 3 perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum ini

Aksi final Piala Malaysia antara JDT vs Kuching City bakal diadakan pada Sabtu, 23 Mei 2026 di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan sepak mula dijadualkan tepat jam 9 malam.