Pertembungan dua pasukan besar tanah air, Selangor dan Kuching City dalam aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia bakal menjadi tumpuan penyokong.
Pertembungan ini dinantikan ramai kerana kedua-dua pasukan sedang berada di tempat terbaik liga. Selangor berada di tangga kedua manakala The Cats di posisi ketiga Liga Super.
Kedua-dua pasukan berharap dapat meneruskan perlawanan cemerlang seperti aksi sebelumnya. Merah Kuning menumpaskan KL City 3-2 dalam aksi terbaru liga.
Manakala Kuching City pula menundukkan Penang FC di Bandaraya pada 14 Mac lalu dengan keputusan 0-1.
Rekod pertemuan lalu menyaksikan The Red Giants memiliki kelebihan tiga kemenangan berbanding Kuching City (dua kemenangan) daripada lima perlawanan. Selain itu, Selangor juga berjaya menewaskan The Cats 1-0 dalam aksi Liga Super pada 22 Februari lalu.
Aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia bakal berlangsung di Stadium MBPJ pada 5 April. Ini disusuli aksi timbal balik di Stadium Negeri, Kuching pada 18 April.