6 Penyokong Terengganu Ditahan

Tfc 1 6 Penyokong Terengganu Ditahan
Foto: Kosmo
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Enam orang penyokong bola sepak Terengganu ditahan bagi siasatan lanjut oleh pihak polis susulan disyaki terlibat dalam kekecohan yang berlaku selepas tamat perlawanan antara Terengganu dan Selangor dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia tempoh hari. 

Memetik laporan Kosmo, seorang tertuduh berusia 27 tahun telahpun ditahan pada 22 November lalu dan lima orang lagi telah dikenalpasti dan akan direman empat hari bermula hari ini. 

Advertisements

Kesemua suspek dikatakan berusia lingkungan 24 hingga 37 tahun dan ada diantara mereka berjaya ditahan di Kuala Terengganu dan di Daerah Kuala Nerus. 

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa menyatakan bahawa kes ini akan disiasat mengikut seksyen 427 Kanun Keseksaan. 

Advertisements

“Mereka ditahan antara pukul 11 pagi hingga 8 malam tadi bagi membantu siasatan kes khianat terbabit.

“Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri telah membenarkan perintah tahanan selama empat hari sehingga Ahad ini di Mahkamah Majistret di sini hari ini,” katanya dipetik daripada Kosmo.

Advertisements