ACL Bakal Jadi Pentas Kemunculan Semula S. Kunanlan
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain pertahanan kanan Johor Darul Ta’zim (JDT), S. Kunanlan dijangka bakal diturunkan dalam pentas AFC Champions League yang bakal bermula pada malam ini.

Setakat ini, pemain yang berusia 35 tahun itu masih belum mendapat minit permainan bagi musim 2022 bersama JDT. Kunanlan hanya mengisi bangku simpanan dan belum lagi membuat penampilan sulung untuk saingan liga musim ini. 

Bagaimanapun pengalaman dan konsistensi yang ada pada Kunanlan semestinya akan dimanfaatkan oleh pengendali JDT, Benjamin Mora di pentas ACL. Senjata ampuh di bahagian kanan ini dijangka menjadi tonik tambahan buat JDT untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan positif.

Advertisements

Semua sedia maklum, Benjamin Mora merupakan seorang jurulatih fleksibel yang memiliki ramai pemain berkualiti untuk beliau turunkan. Tidak mustahil percaturan pertukaran pemain yang disusun oleh Mora bakal memberi peluang buat S. Kunanlan kembali membuat penampilan.

Untuk rekod, sejak Kunanlan melengkapkan perpindahan ke JDT pada 2015, beliau telah membuat sebanyak 193 penampilan. Beliau menjadi pemain nombor dua paling banyak membuat penampilan bersama JDT setakat ini selepas Safiq Rahim.

Malam ini, JDT bakal bertemu Ghuanzhou Evergrande FC bagi aksi pertama saingan ACL di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram