Sebilangan pemain Kedah Darul Aman didakwan memboikot aksi pusingan 16 Piala Malaysia 2024 menentang KL City.
Perkara ini dijelaskan oleh wartawan Astro Arena, Fateen Ruzaiman tatkala Sang Kenari berjaya melakar kemenangan 3-2 di laman sendiri.
Beberapa pertukaran saat akhir dilakukan oleh dengan beberapa pemain yang sepatutnya berada dalam kesebelasan utama pasukan memilih untuk tidak beraksi.
Antara pemain yang ditukar dalam senarai kesebelasan utama termasuklah Syafiq Ahmad, Rizal Ghazali dan juga Ifwat Akmal.
“Kedah Darul Aman turun bermain tanpa pemain simpanan. Difahamkan ada pemain yang berada dalam senarai kesebelasan utama memboikot perlawanan malam ini antaranya Ifwat Akmal dan Rizal Ghazali termasuk Syafiq Ahmad,” katanya di laman X.
Dua jaringan cantik kapten pasukan, Sony Norde disusuli oleh ledakan Sukhrob Nurullaev sudah cukup untuk memastikan kemenangan anak didik Nafuzi Zain dan menghampakan The City Boys.
Kedah akan bertemu KL City bagi aksi timbal balik pada 1 Disember di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.