Pasukan KL Rovers dijangka akan berlepas ke Johor bagi menghadapi cabaran JDT bagi aksi pusingan 16 Piala Malaysia 2024.
Pasukan yang beraksi dalam kancah Liga A1 itu pada awalnya dikaitkan dengan penarikan diri susulan masalah luar padang yang melanda pasukan ketika ini.
Laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam pada awalnya memaklumkan tentang situasi kelab Lembah Klang itu yang dikhabarkan mengalami tunggakan gaji.
“Isu tunggakan gaji, pemain KL Rovers difahamkan enggan beraksi untuk perlawanan seterusnya.
“Kelab Liga A1 itu akan bertemu JDT untuk aksi pusingan 16 Piala Malaysia, di SSI Rabu ini,” ujarnya dalam satu ciapan di laman X.
Perkembangan positif dimaklumkan dari kem KL Rovers selepas kelab itu difahamkan akan meneruskan perjalanan ke
“Aksi diteruskan, difahamkan ada sedikit pembayaran dan pasukan akan bertolak ke Johor pagi esok,” jelas Zulhelmi.
Perlawanan pusingan 16 pertama antara KL Rovers dan JDT berlangsung pada Rabu, 20 November di Stadium Sultan Ibrahim.