Dunia
Advertisements

LANGKAH penswastaan bagi semua pasukan bertanding dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) dengan masing-masing mempunyai pemilik dilihat sebagai salah satu jalan penyelesaian terbaik terhadap isu tunggakan gaji.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, badan induk itu bukan saja mahu setiap kelab yang berlesen menjalankan aktiviti secara berasingan daripada Persatuan Bolasepak Negeri (FA) menjelang musim 2021, malah ia juga mampu mengatasi masalah tunggakan gaji pemain liga tempatan.

“Sekarang ini, kebanyakan pasukan bergerak atas nama FA dan apabila ada isu tunggakan gaji biasanya FA itu yang akan bertanggungjawab untuk selesaikan walaupun mungkin kepimpinan FA dah bertukar.

Advertisements

“Tapi apabila setiap pasukan ada pemilik, individu yang tidak membayar gaji tak boleh nak lari begitu saja kerana kelab itu bergerak atas namanya.

swasta Ada Pemilik Kelab, Ada Tanggunggjawab
Penswastaan Liga Malaysia akan mewujudkan pemilikan pasukan

“Jadi mudah untuk pemain menuntut gaji mereka. Sekurang-kurangnya pemilik akan fikir yang terbaik buat pasukannya sama ada dalam pembelian pemain mahupun cara nak raih keuntungan buat kelab,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya, baru-baru ini.

Menerusi laporan Arena Metro pada Mei tahun lalu, FAM mewujudkan jawatankuasa baharu iaitu Jawatankuasa Task Force Pelesenan Kelab Profesional diketuai exco badan induk itu, Mohd Firdaus Mohamed.Ia fungsi untuk memberi penerangan dan kefahaman kepada semua FA supaya dapat bergerak seiring dengan membantu FAM mencapai sasaran pasukan bergerak berasingan menjelang musim 2021.

Advertisements

Difahamkan, lebih banyak pasukan akan menukar status kepada FC bagi mengikut jejak juara enam kali berturut-turut Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dimiliki sepenuhnya oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Setakat sekarang perkembangan begitu memuaskan dan saya percaya banyak pasukan akan berbuat demikian,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram