Adisak Kraisorn Harap Penyokong Malaysia Mampu Terima Dia Seadanya
Dunia
Changsuek
Advertisements

Walaupun membantu Thailand mara ke final Piala AFF 2022 menerusi gol ketiganya semalam, Adisak Kraisorn tahu ia meletakkan dirinya dalam keadaan serba salah. Atas sebab itu, dia memohon maaf kepada penyokong Malaysia dan berharap dia diterima bila beraksi bersama Terengganu musim ini.

Adisak menyumbat gol ketiga perlawanan pada minit ke-71 sekaligus memastikan Harimau Malaya tewas secara agregat 3-1. Bekas penyerang Muangthong United itu menyertai skuad Peteh dengan kontrak selama dua tahun.

“Harapnya penyokong di Malaysia menerima baik kehadiran saya nanti. Saya tidak begitu memikirkan sangat mengenai perkara itu ketika ini kerana fokus saya adalah bersama pasukan kebangsaan sekarang.

Advertisements

“Bangga untuk menjaringkan satu gol yang memastikan kami layak ke final tetapi harapnya ia tidak bermakna mereka tidak akan menerima saya. Tidak sabar juga untuk beraksi dalam Liga Super Malaysia musim depan,” katanya selepas perlawanan semalam.

Adisak dijangka akan memanfaatkan pengalaman bersama skuad Thailand bagi membantu Terengganu musim ini. Sekiranya skuad Gajah Perang menjulang Piala AFF 2022, dia bakal menjulang piala berprestij itu buat kali ketiga selepas melakukannya untuk edisi 2014 dan 2020.

Dia akan mengisi kuota pemain import ASEAN skuad Penyu sebagai pengganti Manuel Ott. Ini kali pertama Adisak beraksi di luar negara selepas beraksi bersama Muangthong, Port FC, Buriram United dan BEC Tero Sasana.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram