Terengganu Umumkan Adisak Kraisorn Selaku Import Baharu
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Selepas berjaya mendapatkan khidmat Sony Norde, Terengganu telah memperkuat jentera serangan mereka dengan membawa masuk penyerang berbisa Thailand, Adisak Kraisorn. Kehadiran penyerang skuad Gajah Perang berusia 31 tahun itu dilihat dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kpah Sherman dan Tchetche Kipre selepas kedua-duanya tidak dikekalkan oleh pengurusan skuad Penyu.

Kraisorn hadir dengan reputasi besar. Beliau bukan saja pernah memenangi Liga Thai 1 (2011, 2013, 2014 dan 2016), Piala Liga Thai (2011, 2012, 2013, 2016 dan 2017) dan Piala FA Thai (2011, 2012 dan 2013) bersama Buriram United dan Muangthong United.

Malah, beliau juga turut membantu skuad Gajah Perang menang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar dan Piala AFF sebanyak dua kali (2014 dan 2020). Kraisorn juga turut menggondol anugerah Kasut Emas pada Piala AFF edisi 2018. Dengan semua pencapaian ini, pastinya pengalaman Kraisorn akan ditagih bagi membantu pemain-pemain skuad Penyu menggalas cabaran Liga Malaysia musim depan.

Advertisements

Dengan menerima tawaran Terengganu, ini turut merealisasikan impian bekas penyerang Port FC itu beraksi di luar negara. Ini kerana penyerang berbisa Thailand itu dilihat telah mengecapi banyak kejayaan di peringkat domestik dan mahu menguji dirinya beraksi di liga luar.

“Jika saya mempunyai peluang untuk beraksi di luar negara, saya mahu mencuba beraksi di Malaysia ataupun Vietnam. Tidak semestinya di Jepun seperti beberapa pemain Thailand yang lain. Saya mahu beraksi di luar negara kerana mahu mencuba budaya baharu. Saya benar-benar mahu melakukannya sebelum saya menggantung but,” katanya selepas ditemubual media beberapa tahun lepas.

Kraisorn ketika ini menyertai pasukan Gajah Perang bagi menghadapi saingan Piala AFF 2022. Skuad Thailand memulakan kempen mempertahankan Piala AFF mereka dengan langkah kanan selepas membenam cabaran Brunei 5-0 dalam aksi pertama Kumpulan B beberapa hari lepas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram