AEON BiG Jalin Kerjasama Strategik Dengan Selangor
Liga Super
MakanBola
Selangor FC
Advertisements

Dengan musim Liga Super bakal bermula beberapa hari saja lagi, Selangor terus memperkukuh kedudukannya dari segi penajaan. Terbaru, pengurusan Merah Kuning memeterai kerjasama strategik dengan rangkaian pasaraya AEON BiG.

Pemeteraian kerjasama ini diadakan di AEON BiG Wangsa Maju hari ini. Pemeteraian perjanjian dibuat oleh Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed dan CEO kelab, Dr Johan Kamal Hamidon.

Advertisements

Menerusi kerjasama ini, AEON BiG bakal membekalkan barangan keperluan untuk skuad Gergasi Merah dan berkolaborasi dengan Red Giants Team Card bagi membolehkan penyokong berbelanja dengan mudah.

Advertisements

Penyokong yang memiliki kad berkenaan berpeluang menikmati diskaun 5% bila berbelanja di mana-mana pasaraya AEON BiG pada 15 dan 30 haribulan setiap bulan.

Bagi Sheikh Farouk, kerjasama syarikat gergasi peruncitan itu dengan Selangor bersifat menang-menang kepada kedua-dua pihak. “Kami teruja menjadi sebahagian daripada keluarga Gergasi Merah tahun ini, selari dengan perkataan ‘AEON’ yang bermaksud abadi dalam Bahasa Latin.

Advertisements

“Selangor merupakan salah satu daripada pasukan-pasukan yang sentiasa bekerjasama dengan jenama-jenama yang berbeza. Kami dapat melihat keupayaan mereka memelihara hubungan baik ini yang terjalin,” katanya.

Sentimen sama turut dikongsi oleh Johan yang menyifatkan ia dapat membantu kedua-dua pihak dalam pelbagai aspek termasuk komersial.

Advertisements

“Kami di Selangor merasa gembira mengalu-alukan AEON BiG menyertai keluarga Gergasi Merah. Ini menunjukkan industri bola sepak tempatan terutama pasukan kita yang tercinta ini, masih dipandang tinggi dan dipercayai oleh syarikat-syarikat besar seperti AEON BiG untuk melabur dan berkongsi kepakaran mereka,” katanya.