Advertisements
AFC Asian Cup: “Bila Kalah, Itu Yang Dibangkitkan” – Faisal Halim
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pemain sayap negara, Faisal Halim menzahirkan perasaannya selepas pemain Harimau Malaya dikritik hebat menerusi prestasi yang ditampilkan di pentas Piala Asia 2023.

Pemain berusia 26 tahun itu ditemui ketika sesi latihan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Qatar tidak dapat berselindung apabila skuad negara gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam dua perlawanan menentang Jordan dan Bahrain.

Namun begitu, para pemain tetap positif dan mengikut pelan yang direncanakan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon menjelang aksi terakhir Kumpulan E.

Katanya, isu seperti ini tidak timbul apabila Malaysia menang namun mula dipersoal saat nasib tidak memihak kepada pasukan negara.

“Ramai orang mengadu tentang taktikal, tetapi lawan Chinese Taipei kita pakai taktikal sama tiada orang persoal, Faisal Halim dan Arif Aiman bermain pada posisi yang sama.”

“Apabila kita kalah, itu yang dibangkitkan, apabila lita menang orang tak nampak apa yang kita sedang buat.

Menurutnya lagi, pemain dalam pasukan nampak apa yang cuba diusahakan oleh Pan-gon bagi memastikan kemenangan menjadi milik negara.

“Pemain nampak apa yang jurulatih (Kim Pan-gon) mahukan, apa taktikal yang diperlukan. Bertemu Jordan kita tahu bahagian serangannya amat baik dan bermain secara direct football.”

“Itu yang cuba jurulatih buat, bermain 5 di bawah, kita nak kekuatan di bahagian kanan iaitu saya dan Arif Aiman dan ketinggian di sebelah kiri iaitu Corbin-Ong dan Romel Morales. Benda itu tidak menjadi yany terbaik untuk kita dan dipersoalkan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Malaysia akan mengharungi aksi terakhir berdepan Korea Selatan pada 25 Januari 2024 jam 7:30 malam.