Aksi AFC eAsian Cup antara pasukan Malaysia dan Jordan menyaksikan kedua-dua pasukan memperoleh 3 mata hasil dua pertembungan semalam.
Perlawanan yang berlangsung di Virtuocity Arena, Festival City, Qatar itu menyaksikan saingan terbaik diberikan oleh wakil negara terhadap lawan yang pernah muncul selaku juara dunia iaitu Jordan.
Dalam aksi pertama peringkat Kumpulan E, Malaysia berjaya merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Jordan sebelum tumpas dengan jaringan yang sama pada aksi kedua.
Aksi lain menyaksikan Korea Selatan berjaya merakamkan dua kemenangan juga menentang Bahrain (2-1) dan juga Jordan (1-0) untuk mengungguli carta kumpulan.
Jordan juga berjaya menewaskan Korea Selatan dalam satu aksi (1-0) dan berada di tangga kedua dengan jumlah mata yang sama (6 mata).
Skuad eRimau negara diwakili oleh tiga pemain pro-sukan elektronik JDTGBX atau nama sebenar beliau, Mohamad Norhaikal Mohamad Noh bersama dua lagi rakan pasukan iaitu Shaharil Shaifuddin Shaharuddin (Ochibikun) dan Muhammad Khairul Abdul Aziz (Keron).
Malaysia ketika ini berada di tangga tercorot kumpulan dengan tiga mata dan bakal bertemu Korea Selatan dan Bahrain bagi aksi berikutnya.