Kelab devisyen ke-6 England yang diwakili pemain warisan Malaysia, Kobe Chong akhirnya memperoleh kemenangan pertama National League North selepas berjaya menewaskan Banbury United di Stadium New Bucks Head, Shropshire.
Selepas mengharungi 19 perlawanan liga, AFC Telford United akhirnya memperoleh kemenangan pertama selepas sebelum ini seri sebanyak 4 perlawanan dan tewas 14 kali.
Jaringan daripada George Burroughs pada minit ke-31 dan jaringan kemenangan Montel Gibson pada minit ke-72 memastikan 3 mata penuh milik AFC Telford.
Sementara itu pemain warisan Malaysia, Kobe Chong diberikan kepercayaan beraksi 81 minit perlawanan sebelum digantikan Abdi Sharif oleh pengurus baharu pasukan, Kevin Wilkin yang menyertai kelab tersebut pada Oktober lalu.
AFC Telford bakal bertandang ke tempat lawan 6 Disember ini bertemu Bradford untuk perlawanan ke-22 Liga Kebangsaan Utara England.