AFC U20: Malaysia Tewas Dibelasah Korea Selatan
Dunia
Sainaa Elec
Advertisements

Hasrat pasukan Malaysia Bawah 19 tahun untuk mara ke Piala Asia Bawah 20 tahun semakin tertutup rapat apabila tewas 6-2 kepada Korea Selatan sebentar tadi.

Perlawanan dimulakan dengan agak positif oleh anak buah Hassan Sazali Waras itu apabila berjaya mengekang segala serangan yang dilancarkan oleh pasukan Korea Selatan.

Peluang terbaik Malaysia hadir pada minit ke-27 namun rembatan jarak dekat Haiqal Haqeemi berjaya ditepis penjaga gol lawan.

Advertisements

Selepas beberapa siri serangan yang dilancarkan, Korea Selatan akhirnya berjaya dihadapan pada minit ke-34 melalui Lee Yong Jun selepas penyerang berbisa itu tidak dikawal oleh mana-mana pemain Malaysia.

Tersentak dengan gol itu, Malaysia menggandakan asakan untuk memburu gol penyamaan. Adam Farhan berpeluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-37 namun penjaga gol Korea Selatan berjaya menyelamatkan percubaan itu.

Penjaga gol Malaysia, Syahmi Adib wajar diberikan pujian apabila berjaya menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya daripada pemain Korea Selatan. Keududukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh pertama.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Korea Selatan mengekalkan penguasaan bola sama seperti separuh masa pertama.

Korea Selatan berjaya meledak gol kedua pada minit ke-50 melalui Jung Sung Bae yang mudah memperdaya pertahanan Malaysia sebelum melepaskan rembatan lencong menewaskan Syahmi Adib.

Ketinggalan 2-0, Malaysia membuat pertukaran dengan membawa masuk Haykal Danish. Percaturan itu ternyata berbaloi apabila pada minit ke-55, Haykal Danish berjaya melakukan hantaran lolos kepada Adam Farhan yang merembat masuk untuk merapatkan kedudukan menjadi 2-1.

Advertisements

Kegembiraan Malaysia hanya mampu bertahan dua minit apabila Korea Selatan pantas membalas dengan gol ketiga mereka hasil jaringan kapten pasukan, Lee Seung-won.

Pada minit ke-66, Malaysia terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan tengah, Ubaidullah Shamsul dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah.

Walaupun beraksi dengan kekurangan seorang pemain, Malaysia berjaya merapatkan kedudukan menjadi 3-2 selepas Adam Farhan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-69 hasil rembatan leret yang mengelirukan penjaga gol Korea Selatan.

Advertisements

Kedudukan 3-2 itu hanya bertahan lima minit sahaja selepas Lee Yong-jun sekali lagi berjaya menambah jaringan buat Korea Selatan pada minit ke-74 sekaligus menjarakkan kembali kedudukan menjadi 4-2.

Pemain Malaysia terus hilang fokus dan Lee Yong-jun berjaya melengkapkan hatrik beliau dalam perlawanan ini pada minit ke-80 hasil percubaan jarak dekat.

Pesta gol Korea Selatan tidak dapat lagi dibendung apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain mereka dikasari di dalam kotak penalti. Lee Seung-won berjaya menyempurnakan sepakan itu untuk menjadikan kedudukan 6-2.

Korea Selatan masih mengekalkan rentak serangan namun kedudukan 6-2 itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan. Kekalahan besar ini sekali gus menjadikan peluang pasukan Malaysia untuk mara ke Piala Asia Bawah 20 Tahun hampir tertutup.

Berdasarkan format kelayakan, hanya juara setiap kumpulan akan layak, manakala lima lagi naib juara terbaik daripada 10 kumpulan itu turut diberikan tiket ke Piala Asia tahun depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram