Liga Super

Liga Super: Star City Sekat Impian Besar KL City

KL City Star City FC Liga Super: Star City Sekat Impian Besar KL City
Star City FC

Hasrat KL City untuk menamatkan kemarau 6 perlawanan tanpa kemenangan tak kesampaian apabila terikat seri menentang Star City dalam aksi Liga Super pada Ahad.

Advertisement

Pasukan KL City tiba di Perlis dengan misi mengakhiri penantian 3 mata sejak 4 September lalu, namun perancangan skuad Warga Kota itu disekat oleh Star City yang bangkit mengikat kedudukan 1-1.

Kesebelasan utama KL City diketuai oleh Giancarlo Gallifuoco di benteng pertahanan sementara itu, Endrick Dos Santos bersama Moses Atede membentuk kombinasi ampuh di jentera tengah Star City.

Permainan berlangsung seimbang sepanjang tempoh 45 minit yang pertama apabila tuan rumah rancak merencana serangan ketika mana KL City turut bertindak sama untuk mendapatkan jaringan.

Kebuntuan jaringan akhirnya terlerai pada minit ke-65 selepas Giancarlo Gallifuoco menyumbat gol pembukaan buat pasukan KL City menerusi tendangan penalti yang mudah menewaskan Hafizul Hakim.

Kelebihan pelawat itu bagaimanapun dipadam oleh Star City apabila penyerang gantian, Ramon Machado menyumbat gol penyamaan di minit ke-82, hasil percubaan dari dalam kotak penalti.

Aksi di Stadium Tuanku Syed Putra berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...