Skuad bawah 23 tahun Malaysia kendalian Brad Maloney diaibkan sekali lagi oleh pasukan Laos setelah tewas 0-2 di Stadium Morodoc Techo, Kemboja.
Dua jaringan Kemboja dihasilkan oleh Bounpachan Bounkong pada minit ke-43 dan Souksakhone Bouaphaivanh pada minit ke-86.
Kekalahan ini sekaligus memberikan tamparan hebat kepada pasukan negara dalam Kejohanan Piala AFF B-23 di Kemboja yang sebelum ini turut tewas kepada pasukan yang sama 2-1 di Stadium Visakha.
Malaysia menamatkan saingan di tangga ke-2 kumpulan B dibelakang Laos yang menjadi wakil kumpulan B selepas Myanmar dan Indonesia menarik diri saat akhir disebabkan oleh jangkitan Covid-19.
Rata-rata penyokong menyifatkan kekalahan ini sebagai aksi terburuk pernah dipamerkan skuad muda negara dekad ini.
Photo by AseanFootball