AFF Dianggap Tidak Bermutu, Netizen Indonesia Gesa PSSI Keluar Dari AFF

Mochamad Iriawan PSSI AFF Dianggap Tidak Bermutu, Netizen Indonesia Gesa PSSI Keluar Dari AFF
Foto: H. Mochamad Iriawan
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Kekecewaan gagal mara ke separuh akhir Kejuaraan AFF Bawah 19 2022 di Indonesia, netizen Indonesia menggesa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) keluar dari Kesatuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF).

Antara komentar yang berjaya dirakam memperlihatkan bahawa AFF tidak mempunyai nilai di mata FIFA dan mereka ingin PSSI terus ke AFC berbanding AFF.

Advertisements

“Walaupun kedua negara tak memastikan lolos ke putaran final, saya berharap pak ketua PSSI dan Menpora tetap mendengarkan aspirasi masyarakat untuk tetap keluar dari ke anggotaan AFF untuk selamanya…” – Mustapa Sila

“Ini Udah Skenario Biar Indonesia Gak Keluar Dari AFF… Ayo Netizen Harus Desak PSSI Agar Indonesia Wajib Keluar Dari AFF… Kita Bangsa Yg Besar Gak Boleh Di Permainkan Macam Anak Kecil….” – Jordan Daniel

Advertisements

Sebelum ini skuad Shin Tae-yong gagal mara ke separuh akhir walaupun beraksi cemerlang di peringkat kumpulan selepas Vietnam dan Thailand memperoleh keputusan seri 1-1 lantas menimbulkan kemarahan netizen Indonesia yang mendesak agar AFF menyiasat perlawanan tersebut.

Malaysia dan Laos berjaya mara ke perlawanan akhir Kejuaraan AFF B-19 2022 selepas berjaya menundukkan Vietnam dan Thailand di separuh akhir sekaligus meredakan sedikit amarah Indonesia sebelum ini.

Advertisements