AFF U23: Aksi Kalut Buat Penjaga Gol Kemboja Terjaring Gol Sendiri
Piala AFF
AFF U23 Championship
Advertisements

Aksi kalut pemain Kemboja di hadapan gawang gol akhirnya memakan diri apabila secara tidak sengaja memberikan gol percuma kepada Thailand dalam aksi ketiga peringkat kumpulan A.

Kejadian tersebut berlaku sewaktu Thailand melakukan sepakan sudut dan salah seorang pemain Kemboja secara tidak sengaja menanduk bola ke arah gawang gol mereka sendiri.

Tandukan ke arah gawang sendiri itu menyebabkan kekalutan antara penjaga gol Kemboja, Reth Ly Heng dan pertahanan, Chhom Sokhay untuk mengeluarkan bola tersebut.

Advertisements

Namun cubaan penjaga gol Kemboja untuk menangkap bola tersebut gagal apabila bola tersebut tergelincir dari tangkapannya dan bergolek masuk ke gawang gol sendiri.

Gol tersebut memberikan suntikan semangat buat pemain Thailand apabila berjaya memenangi perlawanan dengan jaringan 2-0.

Advertisements

Perlawanan tersebut menyaksikan Thailand berjaya melayakkan diri ke saingan separuh akhir selaku juara kumpulan A.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram