AFF U23: Aksi Tangan Bocor Penjaga Gol Filipina Curi Perhatian Ramai
Piala AFF
MakanBola
AFF U23 Championship
Advertisements

Disebalik keputusan seri 2-2 antara Filipina dan Laos, jaringan gol kedua pemain Laos hasil kesilapan mudah penjaga gol Filipina telah mencuri perhatian ramai.

Enrico Mangaoang selaku penjaga gol Filipina gagal menangkap kemas percubaan leret dari belah kanan pemain Laos, Souphan Khambai On pada minit akhir perlawanan.

Advertisements

Kesilapan mudah Mangaoang menyaksikan Laos berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-95 perlawanan.

@affu23championship

⌛️ No time? 😎 No problem for 🇱🇦 Souphan Khambai On #AFFU23 #Laos #Laosusu #LaosNationalTeam #football #goal

Advertisements
♬ original sound – AFF U23 Championship – AFF U23 Championship

Enrico Mangaoang seakan-akan tidak bersedia dan tidak menyangka bahawa Souphan akan melakukan percubaan terus berbanding melakukan hantaran lintang kepada rakan sepasukan yang berada di dalam kotak penalti.

Penjaga gol yang berusia 21 tahun itu mempunyai ketinggian 1.88 m dan kini bermain untuk pasukan CF Manila diperingkat kelab.

Advertisements

News Comments Account