Advertisements
AFF U23: Elavarasan Faham Masalah Indonesia
Piala AFF
MakanBola
FA Malaysia

Kemenangan skuad Malaysia ke atas Indonesia dalam saingan Piala AFF U23 semalam nyata mengejutkan ramai pihak lebih-lebih lagi Indonesia merupakan juara bertahan yang memenangi kejohanan ini pada edisi lalu.

Namun bagi jurulatih Malaysia, E. Elavarasan, beliau sangat memahami bahawa Indonesia menghadapi masalah yang sama dihadapi Malaysia. Masalah yang dikatakan itu adalah kedua-dua pasukan tidak dapat membawa pemain terbaik mereka ke kejohanan ini.

“Sudah tentu kami sangat menghormati pasukan Indonesia. Mereka juara bertahan. Mereka juga mempunyai masalah yang sama, tidak dapat membawa pemain terbaik ke kejohanan ini. Kami juga menghadapi masalah yang sama.

“Indonesia berpengalaman. Mereka mengawal permainan. Kami agak bernasib baik untuk mendapat peluang menjaringkan gol pada separuh masa kedua,” jelas Elavarasan dalam satu temubual selepas tamat perlawanan.

Jurulatih berusia 61 tahun itu juga memuji semangat para pemainnya yang tidak berputus asa walaupun ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama.

“Semuanya adalah usaha dari para pemain sendiri. Mereka ketinggalan 0-1 dan bangkit semula dengan usaha yang lebih. Kadangkala elemen bernasib baik ada di situ,” jelasnya lagi.

Malaysia akan meneruskan saingan Piala AFF U23 dengan bakal berhadapan pasukan Timor Leste pada 22 Ogos ini manakala Indonesia juga berdepan lawan yang sama pada esok. Tiga juara kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya manakala tempat kedua terbaik di antara tiga kumpulan akan turut layak ke peringkat seterusnya.