Ads
Piala AFF
FA Malaysia

Jurulatih skuad B-23 negara, E. Elavarasan tidak memandang rendah cabaran yang bakal dibawa Timor Leste untuk aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF B-23 2023 malam ini.

Advertisements

Ini kerana pasukan yang dibimbing jurulatih Korea Selatan, Park Soon-tae itu hadir dengan reputasi muncul sebagai semi finalis Piala AFF B-23 pada tahun lepas.

Advertisements

Selain itu, The Rising Sun membuktikan mereka pasukan yang liat untuk ditewaskan di mana mereka tewas tipis 1-0 kepada Indonesia beberapa hari lepas.

Advertisements

Advertisements

Justeru, Elavarasan mahu anak-anak buahnya tidak memandang rendah cabaran Timor Leste dalam memburu kemenangan malam ini.

“OK, kalau kita lihat Timor Leste punya performance (prestasi) tahun lepas, diorang memang semi finalis. So (Jadi), kita tak boleh consider (anggap) Timor Leste team (pasukan) biasa-biasa.

Advertisements

So (Jadi), dengan keputusan 1-0 saja Indonesia boleh menang, kita mesti nak lebih careful (berhati-hati) lah dengan Timor Leste. Persiapan kita kenalah rapi dan kita mesti target qualifying (layak) ke semi final lah. Itu paling penting,” katanya hari ini.

Malaysia hanya perlu merekodkan kemenangan atau seri dengan The Rising Sun bagi membolehkan mereka layak sebagai juara kumpulan.

Advertisements

Bagaimanapun, Harimau Muda bakal berdepan juara edisi sebelumnya, Vietnam sekiranya mereka layak ke separuh akhir juara Kumpulan C. Separuh akhir Piala AFF B-23 2023 bakal berlangsung pada 24 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram