AFF U23: Hujan Gugat Rentak Sebenar Thailand
Piala AFF
Advertisements

Kemenangan 2-0 Thailand ke atas Kemboja dalam aksi Kumpulan A Piala AFF U23 semalam melayakkan Thailand ke peringkat separuh akhir. Namun bagi pemain Thailand, menentang Kemboja bukanlah satu tugas mudah.

Dalam satu temubual bersama pemain Thailand, Nethithorn Kaewcharoen, beliau akui Thailand alami kesukaran terutamanya pada separuh masa pertama apabila mereka terpaksa beraksi dalam keadaan hujam yang lebat.

“Saya fikir kita kurang selesa pada babak pertama. Keadaan cuaca dan padang juga ya (tak membantu). Hujan turun dengan lebat, jadi permainan kita tidak mengikut apa yang dirancang. Selepas ini, kita perlu perancangan yang lebih bagus daripada ini.” jelas Nethithorn.

Advertisements

Nethithorn mencuri tumpuan pada aksi menentang Kemboja semalam apabila percubaannya dari luar kotak penalti berjaya menerjah jaring pada minit ke-80 perlawanan.

Thailand bakal bertemu pasukan yang berada di kedudukan kedua terbaik dari kumpulan B atau kumpulan C di peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 24 Ogos ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram