AFF U23: Indonesia Ke Perlawanan Akhir Selepas Tewaskan Thailand
Piala AFF
PSSI
Advertisements

Skuad bawah 23 tahun Indoenesia melakar kejutan Piala AFF U23 apabila berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF U23 selepas mengejutkan pasukan tuan rumah, Thailand dengan keputusan 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Wilayang Rayong sebentar tadi.

Indonesia memulakan perlawanan dengan positif apabila mereka melancarkan serangan bertali arus ke kubu Thailand. Selain ghairah menyerang, barisan pemain muda Indonesia ini juga melakukan tekanan tinggi apabila bola dikawal pemain Thailand.

Hasil usaha yang berterusan, Indonesia akhirnya berjaya mencipta jaringan seawal minit ke-10 perlawanan melalui Jeam Stroyer yang menyambar hantaran lolos rakan sepasukan sekali gus menjadikan kedudukan 1-0 menjadi milik Indonesia.

Advertisements

Jaringan tersebut nyata membakar semangat anak buah Shin Tae-yong untuk terus menekan Thailand. Lontaran dalam jarak jauh juga menjadi aset penting Indonesia dalam usaha mereka mencari jaringan.

Strategi tersebut nyata berbaloi apabila Indonesia menambah gol kedua perlawanan hasil jaringan Muhammad Ferrari yang menanduk masuk lontaran jauh yang dilakukan Robi Darwis. Indonesia selesa dengan 2-0 di hadapan.

Thailand cuba bangkit dengan menerapkan corak serangan melalui bahagian sayap dan beberapa hantaran lintang berjaya dihasilkan. Namun mereka gagal menterjemahkan kepada jaringan.

Advertisements

Thailand akhirnya berjaya merapatkan kedudukan menjadi 2-1 apabila Chukid Wanphraphao menanduk masuk sepakan sudut dari sisi kiri gawang Indonesia pada minit ke-27.

Ketika separuh masa pertama hampir ditamatkan, Indonesia mendapatkan jaringan ketiga dalam perlawanan ini apabila pemain tengah Thailand, Natcha Promsomboon menjaringkan gol sendiri pada minit ke-45.

Kedudukan 3-1 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Thailand mula mengatur serangan demi serangan bagi merapatkan kedudukan. Namun disiplin tinggi yang dipamerkan barisan pertahanan Indonesia nyata berjaya mengekang segala asakan.

Pujian harus diberikan kepada pertahanan kental yang juga kapten Indonesia, Alfeandra Dewangga yang begitu tenang dalam mengetuai barisan pertahanan Indonesia.

Biarpun serangan terus dilancarkan Thailand, Indonesia berjaya mempertahankan kedudukan itu sehingga tamat perlawanan. Dengan kemenangan 3-1 ini, Indonesia berjaya mara ke final dan bakal bertemu juara bertahan, Vietnam pada 26 Ogos ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram