Perlawanan kedua peringkat kumpulan B Piala AFF B-23 menyaksikan Indonesia menundukkan tentangan Timor Leste.
Aksi yang berlangsung di Stadium Rayong itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik.
Sang Garuda memiliki peluang seawal minit ke-8 apabila rembatan Jeam Kelly Stroyer mudah ditangkap oleh penjaga gawang Timor Leste.
Indonesia sekali lagi mempunyai peluang pada babak pertama permainan menerusi rembatan penyerang prolifik, Ramadhan Sananta namun tersasar.
Gol yang dinantikan akhirnya tiba apabila Ramadhan menyudahkan peluang terhidang untuk gol pendahuluan Indonesia seminit sebelum tamat babak pertama.
Babak pertama tamat dengan Indonesia mendahului 1-0.
Bersambung babak kedua, Timor Leste menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan perlawanan.
Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong melakukan beberapa pertukaran di bahagian serangan untuk mencari gol kedua pasukan.
Indonesia memiliki satu lagi peluang keemasan pada minit ke-75 menerusi percubaan Muhammad ragil namun jauh melencong keluar.
Keputusan itu kekal hingga tamat wisel permainan sekaligus menyaksikan Indonesia memperoleh 3 mata berharga.
Aksi terakhir Kumpulan B bakal menemuka Malaysia dan Timor Leste pada Selasa, 22 Ogos 2023.