AFF U23: Indonesia Ada Banyak Peluang, Tapi Hanya 1-0 – Bagas Kaffa
Piala AFF
AFFU23 Championship
Advertisements

Kapten pasukan Indonesia, Bagas Kaffa Arrizqi akui banyak peluang terhidang yang tidak dinatijahkan kepada jaringan.

Indonesia berjaya mencatat kemenangan 1-0 menewaskan pasukan Timor Leste dalam aksi Kumpulan B saingan Piala AFF B23 malam semalam.

Pemain berusia 21 tahun itu menghargai pengorbanan dan usaha seluruh timnas Indonesia yang bertungkus lumus demi mencatat keputusan positif ini.

Advertisements

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pemain, staf, barisan kejurulatihan atas usaha berganda daripada mereka.”

Pertahanan kanan Sang Garuda ini juga berpendapat bahawa mereka perlu memperbaiki banyak kelemahan terutamanya di bahagian penyudah.

Advertisements

“Perlawanan yang mencabar, kami miliki banyak peluang namun hanya 1-0. Mungkin kami perlu perkemaskan bahagian penyudah.”

“Saya amat berharap kami dapat ke separuh akhir, untuk banggakan negara,” ujar Bagas.

Advertisements

Indonesia kini menghuni kedudukan kedua dalam saingan Kumpulan B. Indonesia berpeluang untuk ke peringkat separuh akhir kejohanan jika mereka menamatkan cabaran sebagai naib juara terbaik dalam kempen Piala AFF B23 kali ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram