AFF U23: Jurulatih Kemboja Hargai Semangat Melawan Pemainnya
Piala AFF
Cambodia Daily
Advertisements

Biarpun tewas kepada Thailand 2-0 dalam saingan kumpulan A Piala AFF U23, jurulatih Kemboja, Felix Dalmas tetap memuji para pemainnnya yang berusaha keras dan menghalang Thailand daripada berpesta gol.

Jurulatih kelahiran Argentina itu berharap rakyat Kemboja berasa bangga melihat semangat juang para pemainnya yang sudah pun memberikan yang terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

“Berpuas hati bukan satu perkataan yang mudah. Objektif kita ialah sentiasa menjadi lebih bagus setiap hari. Saya baru saja pulang ke Kemboja beberapa bulan lepas untuk membantu pasukan ini. Kita sentiasa mahu pasukan ini jadi lebih bagus.

Advertisements

“Selain keputusan (hari ini), usaha dan kesungguhan pemain menentang pasukan (Thailand) atas kertas lebih kuat daripada kita. Kesungguhan ini berjangkit dan saya fikir itu mewakili Kemboja dan rakyatnya.

“Kita mungkin bukan yang terkuat tetapi kita telah berikan yang terbaik. Saya harap warga Kemboja bangga dengan kita dan kita juga mengucapkan terima kasih kepada Thailand sebagai tuan rumah kepada kita.” luah Dalmas ketika ditemubual media selepas perlawanan semalam.

Advertisements

Dengan kekalahan kepada Thailand itu, maka berakhirlah perjalanan Kemboja dalam saingan Piala AFF U23 ini. Selain Kemboja, turut tersingkir dari kejohanan ini adalah pasukan Brunei yang gagal meraih sebarang kemenangan dalam kesemua perlawanan yang diharungi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram