AFF U23: Jurulatih Kemboja Yakin Mampu Raih Kejuaraan
Piala AFF
FFC
Advertisements

Selepas melihat skuad B-23 Kemboja membelasah Brunei 5-0 dalam aksi pertama Kumpulan A, Felix Dalmas percaya anak-anak buahnya mampu menggondol gelaran Piala AFF B-23 2023.

Keyakinan jurulatih Argentina itu bersandarkan kepada keupayaan Angkor Warriors mengatasi Tabuan Muda di atas padang. Dan beliau percaya sekiranya mereka meraih kemenangan ke atas Myanmar hari ini, tidak mustahil mereka boleh mara ke separuh akhir.

“Sebelum menyertai kejohanan, kita telah tetapkan matlamat untuk bermain semua perlawanan. Ianya tidak mengejutkan sekiranya kita sampai ke final dan muncul juara.

Advertisements

“Skuad B-23 Vietnam merupakan juara bertahan dan patut dihormati. Namun begitu, jika kita perlu berdepan mereka, kita takkan takut. Jika kita berjumpa tuan rumah Thailand atau skuad B-23 Indonesia, itu perkara sama, kita tidaklah terlalu bimbang.

‘Saya jangkakan skuad B-23 Kemboja, B-23 Thailand, B-23 Indonesia dan B-23 Vietnam untuk sampai ke separuh akhir.

Advertisements

“Kelayakan kami sama dengan tiga pasukan lain jika tidak lebih baik dari segi pengalaman perlawanan kerana ramai pemain B-23 kami beraksi di Kemboja,” katanya selepas perlawanan Kemboja-Brunei seperti yang dipetik TheThao247.

Sekiranya berjaya meraih kemenangan ke atas Myanmar hari ini, peluang Angkor Warriors untuk layak ke separuh akhir cerah. Jika mereka tewas menentang Thailand sekalipun pada aksi terakhir kumpulan, posisi naib juara terbaik kumpulan boleh saja dikekalkan Kemboja sebagai tiket ke peringkat berkenaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram