AFF U23: Jurulatih Thailand Akui Kehebatan Indonesia
Piala AFF
Changsuek
Advertisements

Jurulatih skuad B-23 Thailand, Issara Sritaro mengakui anak-anak buahnya kecundang kepada Indonesia yan menampilkan aksi lebih bagus dalam perlawanan separuh akhir Piala AFF B-23 2023.

Indonesia terlebih dahulu di hadapan menerusi Jean Stroyer pada minit ke-10. The War Elephants kemudiannya bangkit menyamakan kedudukan menerusi Chukid Wanpraphao pada minit ke-27.

Bagaimanapun, Tim Garuda memastikan kemenangan dalam genggaman menerusi Muhammad Ferrari (minit ke-23) dan gol sendiri Natcha Promsomboon (minit ke-45). Sritaro melihat pasukannya bergelut mengekang Indonesia sepanjang perlawanan.

Advertisements

“Tahniah kepada Indonesia. Dalam perlawanan ini (menentang Indonesia), kita tidak bermain dengan bagus. Kita akan cuba mengakhiri kempen (Piala AFF B-23) sebaik mungkin dan harapnya itu boleh dicapai,” katanya selepas perlawanan hari ini.

Dengan kekalahan ini, Thailand bakal bertemu dengan Malaysia pada aksi penentuan tempat ketiga pada petang 26 Ogos ini.

Dengan sokongan penyokong tempatan, Issara pastinya mahukan tempat ketiga sebagai tonik semangat sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Asia B-23 pada September ini.

Advertisements

Perlawanan ini juga boleh dianggap medan ujian awal buat beliau dan rakan sejawatnya dari Malaysia, E. Elavarasan. Ini kerana kedua-dua pasukan berada dalam Kumpulan H bersama Bangladesh dan Filipina dalam aksi kelayakan Piala Asia B-23 nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram